Assalamualaikum
Jom berdoa :
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kau
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami,
dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan
dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Ikhlaskan
hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati
mereka agar apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah.
Semata-mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada
Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka
ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk
menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi,
anak-anak kami akan menduduki peperiksaan (UPSR). Kami
mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang
mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan
anak-anak kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab
soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika
menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab
setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Lembutkanlah
hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti.
Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak
kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami
lakukan.
Ya Alah,
Berikanlah keputusan cemerlang dalam
peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang
cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih
tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba
Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah
anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak
anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai
sahsiah diri yang baik. Tanamkanlah sihat mahmunah dalam diri dan
buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertaqwa
Ya Allah,
Apa
yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa
yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah.
Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Jadikanlah
anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang mahu mereka berjaya ya Allah.
Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah
taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Jauhkanlah hati
mereka dariapda melakukan amalan-amalan yang membawa ke neraka Mu ya
Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau
melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami
tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami
serahkan anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka
tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di
tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di
tempat yang Engkau murkai.
Ya Alah,
Perkenankanlah doa doa
kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkau tuhan kami. Kami meminta
kepada Mu kerana Engkaulah yang mencipta kami. Kami merayu kepada Mu
kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika
Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang
akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin
#semogaberjayaanak-anakSKI2018
#journeyoftheCHAMPION 6A UPSR