MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

09 June 2018

Apa itu TS25 ?

Assalamualaikum

Salam TS25
Pengenalan :
Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bermula pada tahun 2015, merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. TS25 kerana ia adalah proses untuk mentransformasi sekolah di seluruh Malaysia dilaksanakan secara berperingkat setiap tahun dan dijangka pada tahun 2025, semua sekolah menengah dan kebangsaan di Malaysia berada dalam program TS25 ini.

 
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, kepimpinan yang berkualiti / berwawasan, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen komuniti yang padu.

Objektif TS25 ialah: Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPC TERBAIK MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.
Dalamnya mengandungi 6 modul bagi siri TS 25 1.0, dan 5 Modul bagi siri TS25 2.0. TS25 Siri 1.0 dijalankan dengan bimbingan daripada Master Trainer DAN RAKAN ELIT yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang terdiri daripada para pensyarah IAB, IPG, Pegawai-pegawai SISC+, SIP, JPN dan PPD.

Maka pada  6.2.2018 di bilik mesyuarat Rafulin,SKI, kami team Pendidik TS25 SKI telah bermesyuarat untuk kali pertama dalam merancang pengurusan TS25 Kohort 2 bagi SKI untuk tahun 2018 ini. Semoga ianya dapat memberi input positif bagi seluruh warga SKI.

bersemangat team guru TS25 !!
Barisan TS25 SKI terdiri daripada : 
1. Cikgu Shahidan b Haji Said
2. Cikgu Azmi b Ahamad Sah
3. Cikgu Nor Johari b Ikhasan
4. Ustaz Mohammad Helmi b Abdul Rahman
5. Ustazah Norulaini bt Mohd Nawi
6. Cikgu Rosnah bt Seman
7. Cikgu Nik Maizatul Akmam bt Nik Adib
8. Cikgu Marieyanti bt Awang
9.Ustazah Siti Narimah bt Mohd Salleh
10. Cikgu Zaiton Fatimah bt Abdul Majid
11.Pn Norezan bt Mahmood
12. Pn Norliah bt Abu Hassan
13. Pn Rahimah bt Kasim (tiada dalam gambar)

#SKITS25
#SEMOGABERJAYA

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...