MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

30 April 2019

Keceriaan dan Kebersihan Kelas 2019

Assalamualaikum


Sahabat-sahabat yang dihormati,

bagi merealisasikan hasrat Transformasi Sekolah ke arah pendidikan abad-21 & TS25, Jawatankuasa Biro Keceriaan Sekolah TS25 akan mengadakan :

PERTANDINGAN KECERIAAN & TRANSFORMASI  KELAS 2019

Sasaran : SEMUA KELAS TAHUN 1-6
Tempoh : JANUARI - SEPTEMBER 2019
Penilaian : MAC, JUN & SEPTEMBER
Anugerah pencapaian : 1 - 5 bintang

ASPEK PENILAIAN :
1. Kebersihan lantai
2. Kebersihan tingkap
3. Langsir
4. Susunan kerusi & meja murid
5. Penyapu/penyodok/bakul smpah
6. Carta hadapan kelas
7. Papan kenyataan belakang
8. Meja guru & rak di dalam kelas
9. Sudut bacaan dalam kelas
10.Sudut I - Think
11.Sudut- sudut Abad ke-21
12. Kreativiti & hiasan kelas
13. Hasil kerja murid

Sebarang pertanyaan boleh rujuk jawatankuasa di bawah:
1. Pn. Marieyanti bt Awang
2. Pn. Hashida bt Sakisan
3. Pn. Norashikin bt Md Ali

Dan

Pada 29 April 2019 (Isnin), telah diumumkan Kelas Terbersih dan Ceria ;

Tahap 1 : Kelas 1 UTP
Tahap 2 : Kelas 6 UIAM

Tahniah di ucapkan !!

Semoga ianya memberi semangat kepada kelas-kelas yang lain dalam meneruskan kebersihan dan keceriaan kelas agar lebih kondusif  selaras dengan TS2025 .

 Guru kelas 1 UTP : Cikgu Asmira bt Mohd Alias menerima hadiah daripada GB
 Guru kelas 6 UIAM : Cikgu Rosnah bt Seman menerima hadiah daripada GB

Selamat Maju Jaya

#birokeceriansekolah TS25 SKI

25 April 2019

Latihan Rakan Educational Leadership And Instructional Team Bagi Modul 6 Kohort 3 KPM 2019

Assalamualaikum
Sahabat-sahabat Pendidik yang dihormati,
Team TS25 SKI telah menghantar 4 orang guru iaitu En Aziz bin Ghazali (Guru Besar), Pn Siti Narimah bt Mohd Salleh (Penyelaras TS25), Pn Zaiton Fatimah bt Abdul Majid (Biro Akademik) dan Pn Haritni bt Ismail (Guru Subjek) ke program di bawah :-

➤Nama Program :
Latihan Rakan Educational Leadership And Instructional Team Bagi Modul 6 Kohort 3 di bawah progrm Transformasi sekolah 2025 (TS25) Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2019.

➤Tarikh :
22-24 April 2019 ( Isnin-Rabu)

➤Masa :
8.00 pagi- 5.00 petang

➤Tempat :
SK Sekinchan,Selangor

➤Anjuran :
PPD Sabak Bernam bekerjasama dengan PPD Kuala Selangor

➤Peserta :
40 orang guru yang terdiri daripada barisan pentadbir sekolah dan 3 orang guru subjek  di 2 buah daerah SB dan KS yang melibatkan 10 buah sekolah.

➤Pengisian Kursus :
Isnin :
Slot 1 : Taklimat kursus
Slot 2 :  Kenal pasti TBI
Slot 3 : Soalan Penting (EQ)
Slot 4 : Kesedaran Terhadap Amalan

Selasa :
Slot 5 : Kajian Kes 1 (Amalan Terbaik)
Slot 6 : Kajian Kes 2 / Kajian Kes 3
Slot 7 : Merancang Pengajaran

Rabu :
Slot 8 : PdPc berasaskan PBL bersepadu
Slot 9 : Menetapkan hala tuju projek dan merancang penilaian
Slot 10 : Pemetaan dan pengurusan pelaksanaan PBL

Selain berkursus, mendengar taklimat dan sesi pembentangan juga telah dilaksanakan sepanjang 3 hari tersebut dan kehadiran Pegawai daripada JPN Selangor iaitu En Anuar pada hari kedua menambahkan semangat kepada semua peserta dalam memahami setiap modul TS ini.


Terima Kasih kepada pihak penganjur atas penganjuran kursus di atas . Semoga ianya dapat membantu kami warga Sekolah Kebangsaan Ijok dalam merialisasikan objektif,visi dan misi TS2025.Insya -Allah

#skimajubersamats25


19 April 2019

TAHNIAH APC 2018 !!

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat yang dihormati,

Ucapan sekalung Tahniah kepada 3 orang pendidik SKI yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 pada tarikh 18 April 2019 ( Khamis) di SM Sains Kuala Selangor.

Mereka adalah :

1. Cikgu Zaiton Fatimah bt Abdul Majid
2. Cikgu Syuhaira binti Khalid
3. Ustaz Mohd Yusof bin Lazim

 Cikgu Syuhaira Khalid
 Cikgu Zaiton Fatimah bt Abdul Majid
 Ustaz Mohd Yusof b Lazim
Semoga dengan penerimaan tersebut memberi inspirasi kepada warga pendidik SKI yang lain dalam memantapkan kemahiran pembelajaran dan pengajaran selari dengan abad ke 21 ini.

Semoga SK Ijok akan terus cemerlang dan gemilang bersama-sama dengan murid-murid dan seluruh warga pendidik ke arah insan yang berguna di kehidupan ini.

Terima Kasih.

#selamatmajujaya

14 April 2019

Sekalung ucapan Tahniah !!!

Assalamualaikum

Warga pendidik yang dihormati,
12 April 2019, Jumaat - Unit Kokurikulm,SKI telah mengadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah 2019. Kejohanan telah berlangsung dengan jayanya dan pemenang kejohanan relah dapat diketahui. Sekalung penghargaan Terima Kasih dan Tahniah kepada semua warga SKI yang telah menjayakan kejohanan ini walaupun ia nampak sederhana tetapi sangat meriah dengan sokongan semua pihak.
Dibawah adalah keputusan penuh Kejohanan Merentas Desa Peringkat SKI 2019 :

JOHAN KESELURUHAN : Rumah Hijau (JEBAT)
NAIB JOHAN : Rumah Biru (TUAH)
KETIGA : Rumah Kuning (KASTURI)
KEEMPAT : Rumah Merah (LEKIR)

Wajah-wajah ceria Pendidik SK IJOK

Terima Kasih.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"


Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...