MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

27 January 2019

Sekitar Gotong Royong Perdana 2019

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Nama program : Gotong royong perdana PIBG SK Ijok 2019
Hari/Tarikh : Sabtu / 26 .1.2019
Masa : 7.30 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat : SK Ijok
Sasaran : Ibu bapa/Penjaga, murid-murid,Pendidik SK Ijok
Tetamu kehormat : Pengerusi MPPK KG Ijok
Anjuran : PIBG SKI
Terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir bergotong royong dan memberikan sumbangan tenaga wang mahu pun material yang lain dalam memastikan anak-anak SKI dapat belajar dengan kondusif dan selesa juga mencipta suasana persekitaran sekolah yang aman dan tenang untuk menimba ilmu dan pengalaman.

Semoga kerjasama erat antara warga sekolah dan ibu bapa dapat dipupuk padu dalam menjadikan SKI sekolah yang terunggul dan terbilang serta terhebat di arena dunia pendidikan pada masa hadapan.Insha Allah.


 #sepakatmembawaberkat
 #bersatukitateguhberceraikitaroboh
 #skimajubersamats25


25 January 2019

Sekalung Ucapan Tahniah !!

Assalamualaikum

Tahniah kepada team sukan Elit Merentas Desa atas pencapaian yang membanggakan kerana pasukan lelaki telah berjaya mendapat tempat ke-3 berkumpulan dan kedudukan 15 terbaik kategori L3 iaitu adik Putra Aidid Alfian bin Mohd Azmi di acara kejohanan Merentas Desa MSSD Kuala Selangor 2019  di SMK Jeram,Selangor pada 24 Januari 2019/Khamis.
Alhamdulillah.

Terima kasih Pasukan Elit Merentas Desa atas komitmen dan kerja berpasukan yang sangat jitu semangatnya yang diketuai oleh Cikgu Syuhaira bt Khalid selaku Jurulatih acara merentas desa peringkat sekolah, juga kepada cikgu Zahara bt Ramli,cikgu Nor Azira bt Awang,cikgu Hashida bt Sakisan dan ustazah Norulaini bt Mohd Nawi.Tidak dilupa juga team Pentadbir SKI terutama cikgu Azmi bin Ahamad Sah (GPK Kokurikulum) yang sentiasa memberi sokongan dari semasa ke semasa kepada team elit merentas desa di sepanjang latihan diadakan di sekolah dan juga kepada semua guru SKI yang sentiasa menyokong padu.
Tahniah kepada anak-anak Merentas desa 2019!!

 Penyampaian peringkat sekolah (28.1.2019)

#kearahkemenjadianmurid
#skimajubersamats25
#selamatmajujaya

20 January 2019

Program bersama Komuniti 2019

Assalamualaikum
Ucapan aluan oleh YDP PIBG SKI : Mejar Bersara Kamaruddin bin Misran
Dalam merialisasikan salah satu objektif dan matlamat Transformasi sekolah 2025, SK Ijok turut giat bekerjasama dengan komuniti luar, dan yang terbaharu ialah satu program Kejohanan Bola Sepak Piala YDP PIBG SKI (TAHAP 2) 2019 telah diadakan pada 19.1.2019/Sabtu di padang SKI. Ini adalah program yang melibatkan semua warga pendidik,kakitangan SKI,ibu bapa/penjaga,murid-murid SKI dan orang ramai yang tinggal berhampiran di sekitar Kampung Ijok.
Kehadiran tetamu luar menyaksikan kejohanan bola sepak
Alhamdulilah,Kejohanan yang berlangsung semalam berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada pihak luar yang hadir menyaksikan kebolehan dan bakat anak-anak kampung Ijok bermain bola sepak.

Sekitar aksi kejohanan bola sepak yang berlangsung :-
Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya terutama PIBG SKI atas penganjuran kejohanan Bola Sepak 2019.
 Tahniah kepada semua pemenang-pemenang !!!

#majulahsukanuntuknegara
#skimajubersamakomuniti
#selamatmajujaya

15 January 2019

Watikah Perlantikan Pengawas SKI 2019

Assalamualaikum

Sahabat warga pendidik yang dimuliakan Allah,

Isnin,14.1.2019 - Telah berlangsung pemberian watikah perlantikan pengawas sekolah bagi tahun 2019 di tapak dataran ilmu,SK Ijok.
 Ketua Pengawas : Muhammad Danial Hakim bin Mohd Khaidzir
 Penolong Ketua Pengawas : Auni FirzanahHuda bt Edi Azrin
Barisan Pengawas-pengawas sekolah Kebangsaan Ijok 2019

#kearahkemenjadianmurid
#selamatmajujaya

12 January 2019

Dialog Prestasi : PPSR 2019

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Sabtu,12.1.2019,Dewan Rafulin SK Ijok - Perjumpaan Dialog Prestasi bilangan 1/2019 bersama ibu bapa murid-murid tahun 6 telah diadakan dibawah anjuran Unit Kecemerlangan PPSR berkolaborasi dengan PIBG SKI yang telah bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi.
Antara agenda dialog itu ialah Ucapan aluan oleh Guru Besar,En Aziz bin Ghazali dan di ikuti oleh Taklimat PPSR oleh penyelaras tahun 6 iaitu Puan Zaiton Fatimah bt Abdul Majid. Kemudian diteruskan dengan Ikrar murid-murid tahun 6 yang telah dipimpin oleh adik Muhammad Danial Hakim bin Mohd Khaidzir selaku Ketua Pengawas 2019. Selepas itu diadakan pula sesi soal jawab antara ibu bapa dan pihak sekolah berkaitan dengan isu-isu PPSR dan lain-lain. Manakala, dialog ini telah berakhir dengan slot lawatan oleh ibu bapa ke kelas anak-anak mereka.
Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dialog itu tadi.Semoga kemenjadian anak-anak murid kita dapat direalisasikan bagi tahun 2019 ini selaras dengan transformasi sekolah 2025.

#bersamamengejarKECEMERLANGANdalamPPSR2019
#skimajubersamats25

02 January 2019

Hari Pertama Persekolahan 2019

Assalamualaikum
Taklimat guru bertugas
Hari ini 2.1.2019/Rabu - Bermula sesi baharu persekolahan bagi tahun 2019. Sesungguhnya umum mengetahui bahawa dunia pendidikan pada kali ini telah berubah suasananya apatah lagi untuk murid-murid tahap 1 yang telah diberitahu akan pemansuhan peperiksaan dan terarah kepada pentaksiran berterusan berunsurkan didik-hibur. Namun begitu,bagi murid-murid tahap 2 pula masih diteruskan operasi peperiksaan dan strategik PdPc abad 21 masih berlangsung.
Alhamdulilah,suasana pagi pada hari ini amat meriah dengan kehadiran anak-anak baharu (murid-murid tahun 1) dan juga kehadiran ibu bapa yang turut sama menemani anak-anak mereka ke sekolah untuk memberi semangat dan motivasi menjadi insan yang berilmu dan berguna.
Manakala, warga pendidik nya pula sangat sibuk dalam menyediakan keperluan murid-murid dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pembelajaran dan sebagainya.
Program Guru Penyanyang dan Program Transisi tahun 1 juga telah bermula di hari pertama persekolahan 2019.
Semoga pada tahun ini, SKI akan terus Cemerlang,Gemilang dan Terbilang selari dengan Misi dan Visi sekolah 2020.
Inilah barisan Pentadbir baharu di SKI 2019  bergambar bersama dengan YDP PIBG SKI
(Cikgu Zulkifli Amin b Mohd Jaini -GPK HEM/Ustaz Zainuddin b Mahroni -PKP/Cikgu Aziz b Ghazali -GB/Mejar Bersara Kamaruddin b Misran -YDP PIBG/Cikgu Azmi b Ahamad Sah -GPK Kokurikulum)

#kearahkemenjadianmurid
#skimajubersamats25
#selamatmajujaya

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...