MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

29 July 2019

Jom Baca : Buletin TS2025 Isu 4/2019

Assalamualaikum

Jom Layari :

online.anyflip.com/emqd/gakn/mobile/index.html


Tahniah!! (Team PPIM SKI )

Assalamualaikum

Alhamdulilah dan Tahniah di atas pencapaian yang amat membanggakan dan mengharumkan nama sekolah dan daerah untuk Acara Kraftangan hiasan dinding di Pertandingan Hari Puteri Peringkat Negeri Selangor 2019 yang telah diadakan di SAM Pasir Panjang,Sabak Bernam,Selangor pada 27 Julai 2019 (Sabtu)

Tahniah team guru PPIM atas usaha yang jitu untuk membina kemenjadian murid.

Syabas dan Tahniah !! kepada peserta-peserta SKI yang mewakili daerah Kuala Selangor :
1. Adik Nur Lubna Damia bt Ekhmal Reza
2. Adik Nur Qaisara bt Shaharul Nizam

juga kepada team guru pimpinan PPIM SKI :
1. Ustazah Norulaini bt Mohd Nawi
2. Ustazah Rinairyani bt Ahmad
3. Cikgu Rosnah bt Seman
4. Cikgu Norhudha bt Kamil
5. Cikgu Mai Salama bt Mohidin
6. Ustazah Rosidawati bt Manaf
 Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung . Semoga SKI akan terus Cemerlang dalam usaha menonjolkan potensi dan bakat murid-murid pada masa hadapan.

 
Penyampaian hadiah kepada peserta yang mewakili daerah Kuala Selangor (NAIB JOHAN) 

Barisan Team PPIM yang mewakili daerah Kuala Selangor ceria bergambar bersama dengan kemenangan masing-masing di hadapan dewan SAM Pasir Panjang.

#alhamdulilah

25 July 2019

Ceramah Keselamatan

Assalamualaikum

Telah berlangsung ceramah keselamatan oleh Shell Wirawang Ijok pada 25 Julai 2019/Khamis di Dataran Ilmu,SKI kepada semua murid SKI.

Semoga murid-murid dapat kefahaman tentang ceramah yang telah diberikan dan menambah ilmu pengetahuan tentangnya.



#kearahinsanyangberilmu
#selamatmajujaya

Majlis Pentauliahan Pangkat (KRS) Daerah Kuala Selangor 2019

Assalamualaikum

Alhamdulilah dan Tahniah kepada barisan Pentadbir SKI :

1. Tn Haji Zainuddin bin Mahroni
2. En Azmi bin Ahamad Sah
3. Tn Haji Zulkifli Amin bin Mohd Jaini

atas

Penganugerahan Pangkat Kepegawaian Komandan & Timbalan Komandan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Daerah Kuala Selangor 2019

 En Azmi bin Ahamad Sah menerima sijil pentauliahan
 Tn Haju Zulkifli Amin bin Mohd Jaini menerima sijil pentauliahan

Tahniah!!

24 July 2019

Jadual Peperiksaan Percubaan UPSR 2019

Assalamualaikum

Dilampirkan jadual di atas :
#bersamamengejarimpian6AUPSR2019
#selamatmajujaya

18 July 2019

Bimbingan

Assalamualaikum
Khamis-18 Julai 2019, SKI telah dilawati oleh Tn haji Zullaili bin Hasan (Pegawai SIPs+) bagi memberi bimbingan untuk projek kemahiran melalui rekabentuk (KMR). Beliau telah disambut oleh beberapa orang guru daripada JK Transformasi sekolah 2025 yang terdiri daripada Tn Haji Zainuddin bin Mahroni ( GPK Pentadbiran), En Azmi bin Ahamad Sah ( GPK Kokurikulum),En Zulkifli Amin bin Mohd Jaini (GPK HEM),Ustazah Siti Narimah bt Mohd Salleh (Penyelaras TS25), Cikgu Zaiton Fatimah bt Abdul Majid, Cikgu Rosnah bt Seman, Cikgu Hartini bt Ismail dan Cikgu Syuhaira bt Khalid.
Semoga dengan bimbingan yang telah di berikan oleh Tn Haji Zullaili itu tadi dapat membantu team TS25 SKI dalam memberi yang terbaik untuk sekolah.

#selamatmajujaya

Tahniah !! ( Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kuala Selangor 2019 )

Assalamualaikum
Alhamdulilah dan Tahniah !!
Ucapan penghargaan terima kasih kepada barisan team Kawad Kaki SKI yang telah diumumkan sebagai pemenang tempat ke-3 kategori B yang telah diadakan di SK Bukit Badong pada 17 Julai 2019 di bawah penganjuran PPD Daerah Kuala Selangor.
Terima kasih kepada Barisan team Kawad SKI: Ustaz Mohamad Helmi Abd Rahman, Cikgu Rosnah Abdullah, Cikgu Nik Maizatul Akmam Nik Adib, Cikgu Hashida Sakisan,Ustazah Siti Narimah Mohd Salleh dan Cikgu Hartini Ismail serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid di sepanjang sesi latihan kawad diadakan.
Syabas dan Tahniah di ucapkan.



#kearahkemenjadianmurid
#guruCEMERLANGmurid GEMILANG

14 July 2019

Tahniah !! ( Hari Puteri Daerah Kuala Selangor 2019 )

Assalamualaikum

Sekalung ucapan Tahniah kepada barisan guru PPIM SKI yang sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah dengan meraih beberapa kemenangan dalam beberapa acara Hari Puteri 2019 yang telah berlangsung pada hari Sabtu ( 13 Julai 2019 ) di SMK Saujana Utama.

Antara acara-acara yang telah disertai dan kejayaannya adalah seperti berikut :

1. Acara Kraftangan (Hiasan dinding) - JOHAN
2. Acara Melukis Poster ( Keluarga Bahagia ) - NAIB JOHAN
3. Acara Masakan ( Buah-buahan ) - Saguhati
 Acara Kraftangan (Johan)
Acara Melukis Poster ( Naib Johan )

Tahniah kepada anak-anak puteri SKI :

1. Rabiatul Adawiyah Rosnan ( Acara Melukis Poster )
2. Nur Lubna Damia Ekhmal Reza ( Acara Kraftangan )
3. Nurqaisara Saharul Nizam ( Acara Kraftangan )
4.Nor Amira Zulaikha Mohd Hafiz ( Acara Masakan )
5. Nor Sofea Fatehah Norrizan ( Acara Masakan )

Tidak dilupakan ucapan terima kasih juga kepada barisan pentadbir,semua guru dan ibu bapa yang telah memberi sokongan padu kepada barisan pimpinan guru Puteri Islam SKI dalam usaha mengilap bakat dan potensi anak-anak SKI.


Semoga kemenjadian murid ini dapat bersinar dan bergemerlapan lagi pada masa hadapan.

Penyampaian hadiah kepada peserta-peserta PPIM di Dataran Ilmu,SKI pada 16.7.2019 :
Barisan Pentadbir : Cikgu Azmi Ahamad Sah,Ustaz Zainuddin Mahroni,Cikgu Aziz Ghazali dan Cikgu Zulkifli Amin Mohd Jaini

Barisan Guru Pimpinan PPIM SKI : Cikgu Mai Salama Mohidin,Ustazah Rinairyani Ahmad,Cikgu Rosnah Seman dan Ustazah Norulaini Mohd Nawi
(Tiada dalam gambar : Ustazah Rosidawati Manaf dan Cikgu Norhudha Kamil)


#ppimmajubersamaski
#selamatmajujaya
#kearahkemenjadianmurid

06 July 2019

Program bersama Komuniti : PIBG

Assalamualaikum

SKI sebagai salah satu daripada sekolah transformasi 2025, maka antara kriteria yang perlu ada untuk TS25 ini ialah mempunyai hubungan yang baik bersama komuniti. Oleh itu, sekali lagi SKI bersama PIBG telah menganjurkan program di bawah :

 *Santai Kaki Bola SK Ijok @ Ramah mesra*

Tarikh : 6 Julai 2019
Hari: Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Padang SK Ijok.

Aktiviti:
- *Perlawanan Bola sepak bapa-bapa murid SK Ijok.*
- Pertandingan Timbang bola murid SK Ijok
- Jamuan keluarga.

Semoga ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ibu bapa dan pihak sekolah demi kesejahteraan dan kepentingan anak-anak SKI pada masa hadapan.

Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YDP,NYDP,AJK PIBG,Guru-guru SKI serta semua pihak yang telah menjayakannya.

#majulahsukanuntuksemua

02 July 2019

Perkhemahan Badan Unit Beruniform (Murid-murid tahun 6) 2019

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat yang di kasihi,

Maklumat Program di atas seperti berikut:
* Perkhemahan badan unit beruniform
* 82 orang murid tahun 6 SKI
* 29,30 Jun & 1 Julai 2019
* Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Selangor
* Unit Kokurikulum bersama Unit PPSR Tahun 6 2019
#selamatmajujaya

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...