MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

14 July 2019

Tahniah !! ( Hari Puteri Daerah Kuala Selangor 2019 )

Assalamualaikum

Sekalung ucapan Tahniah kepada barisan guru PPIM SKI yang sekali lagi telah mengharumkan nama sekolah dengan meraih beberapa kemenangan dalam beberapa acara Hari Puteri 2019 yang telah berlangsung pada hari Sabtu ( 13 Julai 2019 ) di SMK Saujana Utama.

Antara acara-acara yang telah disertai dan kejayaannya adalah seperti berikut :

1. Acara Kraftangan (Hiasan dinding) - JOHAN
2. Acara Melukis Poster ( Keluarga Bahagia ) - NAIB JOHAN
3. Acara Masakan ( Buah-buahan ) - Saguhati
 Acara Kraftangan (Johan)
Acara Melukis Poster ( Naib Johan )

Tahniah kepada anak-anak puteri SKI :

1. Rabiatul Adawiyah Rosnan ( Acara Melukis Poster )
2. Nur Lubna Damia Ekhmal Reza ( Acara Kraftangan )
3. Nurqaisara Saharul Nizam ( Acara Kraftangan )
4.Nor Amira Zulaikha Mohd Hafiz ( Acara Masakan )
5. Nor Sofea Fatehah Norrizan ( Acara Masakan )

Tidak dilupakan ucapan terima kasih juga kepada barisan pentadbir,semua guru dan ibu bapa yang telah memberi sokongan padu kepada barisan pimpinan guru Puteri Islam SKI dalam usaha mengilap bakat dan potensi anak-anak SKI.


Semoga kemenjadian murid ini dapat bersinar dan bergemerlapan lagi pada masa hadapan.

Penyampaian hadiah kepada peserta-peserta PPIM di Dataran Ilmu,SKI pada 16.7.2019 :
Barisan Pentadbir : Cikgu Azmi Ahamad Sah,Ustaz Zainuddin Mahroni,Cikgu Aziz Ghazali dan Cikgu Zulkifli Amin Mohd Jaini

Barisan Guru Pimpinan PPIM SKI : Cikgu Mai Salama Mohidin,Ustazah Rinairyani Ahmad,Cikgu Rosnah Seman dan Ustazah Norulaini Mohd Nawi
(Tiada dalam gambar : Ustazah Rosidawati Manaf dan Cikgu Norhudha Kamil)


#ppimmajubersamaski
#selamatmajujaya
#kearahkemenjadianmurid

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...