MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

04 November 2019

Keceriaan dan Kebersihan Kelas Transformasi Sekolah 2019 Bahagian II

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat yang dihormati,

Sekali lagi bagi merealisasikan hasrat Transformasi Sekolah ke arah pendidikan abad-21 & TS25, Jawatankuasa Biro Keceriaan Sekolah TS25 telah membuat kesinambungan  :

PERTANDINGAN KECERIAAN & TRANSFORMASI  KELAS 2019 (Bahagian II)

Sasaran : SEMUA KELAS TAHUN 1-6
Tempoh : JANUARI - SEPTEMBER 2019
Penilaian : MAC, JUN & SEPTEMBER
Anugerah pencapaian : 1 - 5 bintang

ASPEK PENILAIAN :
1. Kebersihan lantai
2. Kebersihan tingkap
3. Langsir
4. Susunan kerusi & meja murid
5. Penyapu/penyodok/bakul smpah
6. Carta hadapan kelas
7. Papan kenyataan belakang
8. Meja guru & rak di dalam kelas
9. Sudut bacaan dalam kelas
10.Sudut I - Think
11.Sudut- sudut Abad ke-21
12. Kreativiti & hiasan kelas
13. Hasil kerja murid

Sebarang pertanyaan boleh rujuk jawatankuasa di bawah:
1. Pn. Marieyanti bt Awang
2. Pn. Hashida bt Sakisan
3. Pn. Norashikin bt Md Ali

Dan

Pada 4 November 2019 (Isnin), telah diumumkan Kelas Terbersih dan Ceria ;

Tahap 1 : Kelas 1 UNISEL
Tahap 2 : Kelas 5 UUM

Tahniah di ucapkan !!

Semoga ianya memberi semangat kepada kelas-kelas yang lain dalam meneruskan kebersihan dan keceriaan kelas agar lebih kondusif  selaras dengan TS2025 .
 Guru Kelas 1 UNISEL : Cikgu Norhudha Kamil menerima hadiah daripada Cikgu Azmi Ahamad Sah (GPK Kokurikulum)
 Guru Kelas 5 UUM : Cikgu Hashida Sakisan menerima hadiah daripada Cikgu Zulkifli Amin Mohd Jaini (GPK Hal Ehwal Murid)

Sekalung ucapan Tahniah diucapkan kepada semua !!

#selamatmajujaya
#kearahsekolahyangkondusif

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...