Assalamualaikum
*MAKLUMAN*
SOP Pembukaan Sekolah.
*PENTING*
📌Murid diwajibkan memakai face mask.
📌Sila bawa air,sudu dan garfu sendiri.
📌Bawa tisu,tisu basah atau tuala lap tangan sendiri.
📌Murid boleh membuat tempahan makanan melalui guru kelas.
📌Digalakkan membawa hand sanitizer yang bersaiz kecil.
📌Murid tidak berkongsi alat tulis dan buku.
📌Murid dilarang bertukar tempat duduk. Meja dan kerusi telah dilabelkan dengan nama murid.
📌Waktu rehat, murid makan dalam kelas dan dipantau oleh guru.
📌Tempat mencuci tangan disediakan.
📌Ibu bapa penjaga sentiasa mengingatkan anak supaya menjaga SOP dan penjarakan fizikal.
📌Ibu bapa penjaga perlu memastikan anak-anak sihat sebelum dihantar ke sekolah.
📌Maklumkan guru kelas jika anak tidak hadir ke sekolah.
📌Jika murid disahkan positif atau kuarantin, sila maklumkan pada guru kelas.
📌Bagi murid yang bergejala (selsema/batuk/demam), pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa penjaga dan murid dibenarkan balik ke rumah.
*Waktu datang*
📌Tahap 1 dan 2 masuk melalui pintu pagar belakang.( Pintu 4)
📌Pra Sekolah masuk melalui pintu pagar berhampiran bangunan Pejaba
📌Tahun 4 di pintu pagar berhampiran Pejabat (pintu 3).
📌Tahun 5 dan 6 di pintu pagar kantin
(pintu 2).
📌Ibu bapa penjaga harus *bersabar*, sesi penyuraian waktu balik mengambil masa kerana guru-guru akan mengiringi murid waktu balik (bagi mengelakkan kesesakan).
📌Berikan semangat, ruang dan peluang pada anak-anak supaya anak-anak bermotivasi untuk hadir ke sekolah kerana sekolah adalah gedung ilmu.
📌Bersama-sama ini disertakan lampiran jadual waktu persekolahan.
*#"Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap individu muslim."*
*#Orang beriman tidak boleh sama sekali merasa tidak puas hati, merungut atau merasa ketidak adilan Allah SWT dalam mentaqdirkan perjalanan kehidupan manusia kerana Allah lebih mengetahui hal ehwal penciptaannya. Allah SWT berfirman : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(al-Baqarah : 216).*
🙋♂️Doakan Semoga kami warga pendidik SK Ijok dipermudahkan urusan dalam melaksanakan amanah yang diberi.
Kerjasama dan sokongan ibubapa penjaga diucapkan terima kasih.🌹🌹🌹
MOTO TS25 SKI
KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my
06 March 2021
SOP Pembukaan Sekolah Sesi 2021
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Percubaan UPSR 2018
Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis) Maklum...
-
Assalamualaikum Salam TS25 Pengenalan : Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bermula pada tahun ...
-
Assalamualaikum Dilampirkan : Terbitan : Biro Dokumentasi TS25 SKI 2018 #selamatmajujaya
-
Assalamualaikum Sahabat-sahabat warga Pendidik yang budiman, Dilampirkan : Bimbingan Pintas Transformasi Sekolah 2025 oleh Pn Norlela...
-
Assalamualaikum Salam TS25 SKI Pada 26-29 Mac 2018 di SMK Seksyen 7 Shah Alam,Selangor, telah diadakan Kursus Modul 2 Transformasi Sekol...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dilampirkan : Jadual Waktu * B...
-
Assalamualaikum Nama kursus : Kursus TS25 modul 5 kohort 3 Tarikh: 17/10/2018 – 19/10/2018 Tempat: ILKAP Bangi Sasaran: 60 0rang ...
-
Assalamualaikum Sahabat-sahabat yang dihormati, bagi merealisasikan hasrat Transformasi Sekolah ke arah pendidikan abad-21 & TS25, J...
No comments:
Post a Comment