MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

19 March 2022

Selamat Kembali ke SK IJOK bagi sesi 2022/2023


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

*Ibu bapa penjaga yang dihormati dan dikasihi*🌹

*MAKLUMAN*

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

*PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI KALENDAR  AKADEMIK PENGGAL 1, SESI 2022/2023*
 
🚌Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi  semua sekolah seluruh negara akan bermula pada 21 Mac 2022  mengikut ketetapan berikut:
 
🏫(Sekolah Rendah Enrolmen Kurang 600 Murid. KPM juga telah menetapkan bahawa semua murid sekolah rendah  harian dan sekolah rendah swasta, termasuk sekolah ekspatriat  dan sekolah antarabangsa yang mempunyai enrolmen keseluruhan  kurang daripada 600 murid hadir secara bersemuka tanpa  penggiliran.  

👔Pakaian Seragam dan Kehadiran Murid ke Sekolah. Murid digalakkan untuk memakai pakaian seragam sekolah. Walau  bagaimanapun, murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan  kemas serta sopan jika pakaian seragam sekolah sedia ada tidak lagi  sesuai dipakai.

🕺Sekiranya ibu bapa/penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke  sekolah, ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu  kesalahan disiplin. Namun, ibu bapa penjaga perlu memaklumkan  
ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah bagi tujuan rekod.

⛑️Ujian Saringan COVID-19. KPM telah menetapkan agar pelaksanaan ujian saringan COVID-19  
bagi murid sekolah rendah bawah Strategi Pengujian COVID-19  
Kebangsaan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilakukan secara  
kendiri oleh murid di rumah dengan bimbingan ibu bapa/penjaga dan  mengikut garis panduan yang disediakan KPM.

👀Pihak sekolah  
mengenal pasti murid yang terlibat dan akan mengedarkan kit ujian  
kendiri berserta Slip Pengesahan Pelaksanaan Ujian Kendiri COVID-19  
untuk dibawa pulang oleh murid. Keputusan ujian saringan perlu  
dilaporkan kepada pihak sekolah mengikut garis panduan yang  
ditetapkan.  

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

*PENTING*

📌Murid diwajibkan memakai face mask.

📌Sila bawa air,sudu dan garfu sendiri.

📌Bawa tisu,tisu basah atau tuala lap tangan sendiri.

📌Bawa kain kecil atau tuala kecil untuk lap meja yang disanitasi.

📌Murid boleh membuat tempahan makanan melalui guru kelas.

📌Digalakkan membawa hand sanitizer yang bersaiz kecil.

📌Murid tidak berkongsi alat tulis dan buku.

📌Murid dilarang bertukar tempat duduk. Meja dan kerusi telah dilabelkan dengan nama murid.

📌Waktu rehat, murid makan dalam kelas dan dipantau oleh guru.

📌Tempat mencuci tangan disediakan.

📌Ibu bapa penjaga sentiasa mengingatkan anak supaya menjaga SOP dan penjarakan fizikal.

📌Ibu bapa penjaga perlu memastikan anak-anak sihat sebelum dihantar ke sekolah.

📌Maklumkan guru kelas jika anak tidak hadir ke sekolah.

📌Jika murid disahkan positif atau kuarantin,  sila maklumkan pada guru kelas.

📌Bagi murid yang bergejala (selsema/batuk/demam), pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa penjaga dan murid dibenarkan balik ke rumah.

*Waktu datang*

📌Tahap 1 dan 2  masuk melalui pintu berhampiran bangunan Pejabat .( Pintu 3)

📌Pra Sekolah masuk melalui pintu pagar kantin (pintu 2).


*Waktu Balik:*

📌Tahun 1, 2 dan 3 di pintu pagar kantin (pintu 2).

📌Tahun 4 di pintu pagar berhampiran Pejabat (pintu 3).

📌Tahun 5 dan 6 di pintu pagar kantin (pintu 2).

📌Ibu bapa penjaga harus *bersabar*, sesi penyuraian waktu balik mengambil masa kerana guru-guru akan mengiringi murid waktu balik (bagi mengelakkan kesesakan).

📌Berikan semangat, ruang dan peluang pada anak-anak supaya anak-anak bermotivasi untuk hadir ke sekolah kerana sekolah adalah gedung ilmu.

📌Bersama-sama ini disertakan lampiran jadual waktu  persekolahan. Sekiranya kelas telah menyebar luas jadual waktu terlebih dahulu, sila baikan.


*#"Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap individu muslim."*

*#Orang beriman tidak boleh sama sekali merasa tidak puas hati, merungut atau merasa ketidak adilan Allah SWT dalam mentaqdirkan perjalanan kehidupan manusia kerana Allah lebih mengetahui hal ehwal penciptaannya. Allah SWT berfirman : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,     padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”(al-Baqarah : 216).*

🙋‍♂️Doakan kami guru-guru bersama anak-anak murid SK Ijok dipermudahkan urusan dan meneruskan perjuangan untuk mencapai kejayaan.

Kerjasama dan sokongan ibu bapa penjaga diucapkan terima kasih.🌹🌹🌹

Sekian,

GB
SK IJOK


 


No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...