Sahabat-sahabat warga Pendidik yang dihormati,
Barisan team guru tahun 6 sedang sibuk membuat analisis keputusan UPSR 2018 di bilik mesyuarat Rafulin,SKI sebelum menyerahkan slip UPSR kepada murid-murid
Umum mengetahui, pada 29.11.2018/Khamis , diberitakan bahawa telah keluar keputusan UPSR 2018. Maka, pada hari tersebut semua ibu bapa murid tahun 6 bersama-sama dengan anak masing-masing telah hadir ke sekolah bagi mendapatkan slip keputusan UPSR 2018 dan sekaligus penyerahan fail PPSR juga telah dilakukan pada hari itu.
Di
dalam PPSR ada komponen utama yang akan digunakan untuk menilai murid-murid
iaitu:
➡ Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD)
PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD
dilaksanakan dalam semua matapelajaran. Kaedah pentaksiran PBD termasuklah
kuiz, kerja projek, ujian bulanan dan peperiksaan peringkat sekolah.
➡ Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
PAJSK
adalah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum serta penglibatan dan
penyertaan murid dalam kelab / persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan /
permainan. Pentaksiran ini juga melibatkan pelaporan kecergasan fizikal murid
berdasarkan kesihatan (Ujian SEGAK) yang mula dilaksanakan di semua sekolah
pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun.
➡ Pentaksiran
Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran
psikometrik adalah kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, atribut atau
tret psikologi murid sama ada dalam domain kognitif atau afektif.
Ini
bermakna, pelaporan PPSR tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat
A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk
melihat pencapaian murid secara keseluruhan termasuk lah juga dengan UPSR
Dibawah adalah rumusan analisis UPSR 2018 :-
Sesungguhnya apa jua hasilnya, penambahbaikan akan tetap dibuat oleh pihak pengurusan PPSR sekolah bagi memastikan kelancaran untuk tahun 2019 nanti.
Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada team kecemerlangan PPSR 2018, warga pendidik SKI,ibu bapa/penjaga murid-murid tahun 6 serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merialisasikan misi dan visi PPSR sepanjang tahun 2018 ini.
Selamat maju jaya untuk anak-anak tahun 6 apabila melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun hadapan.
Sedikit imbasan foto di sekitar penyerahan slip keputusan UPSR 2018 :
Ucapan aluan oleh YDP PIBG
Ucapan aluan oleh Penyelaras PPSR 2018
Ucapan Tahniah kepada adik Ainul Husna binti Samhudi yang telah memperoleh keputusan terbaik iaitu 5A 1B :Alhamdulilah.
'KE ARAH KEMENJADIAN MURID'