MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

09 November 2018

Sekalung Penghargaan Tahniah (Hari Kanak-kanak 2018)

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Pihak pengurusan TS25,SKI ingin mengucapkan Sekalung Penghargaan Tahniah kepada 2 orang murid SK Ijok yang telah terpilih dalam penganugerahan Tokoh Kanak-kanak 2018 Peringkat SK Ijok pada 9.11.2018 (Jumaat).

Mereka adalah adik Muhammad Ali Imran bin Mohd Hazlan dan adik Nurfarisha Nabilah binti Mohd Shahir. Tahniah anak-anak !

Semoga penganugerahan itu dapat memberi suntikan motivasi kepada mereka untuk terus menjadi murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Selain itu, diharapkan ia juga dapat memberi perangsang kepada anak-anak murid SKI yang lain untuk mencontohi akhlak mulia mereka berdua yang sentiasa memberi kebaikan kepada guru-guru,ibu bapa dan rakan-rakan yang lain.

Bergambar bersama-sama dengan barisan pentadbir SKI dan Perasmi penutupan Hari Kanak-kanak peringkat SK Ijok 2018 di dewan Rafulin,SKI

Tahniah !!


"KE ARAH KEMENJADIAN MURID"

#selamatmajujaya
#skimajubersamats25

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...