MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

30 November 2018

Keputusan UPSR 2018

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat warga Pendidik yang dihormati,
Barisan team guru tahun 6 sedang sibuk membuat analisis keputusan UPSR 2018 di bilik mesyuarat Rafulin,SKI sebelum menyerahkan slip UPSR kepada murid-murid

Umum mengetahui, pada 29.11.2018/Khamis , diberitakan bahawa telah keluar keputusan UPSR 2018. Maka, pada hari tersebut semua ibu bapa murid tahun 6 bersama-sama dengan anak masing-masing telah hadir ke sekolah bagi mendapatkan slip keputusan UPSR 2018 dan sekaligus penyerahan fail PPSR juga telah dilakukan pada hari itu.


Di dalam PPSR ada komponen utama yang akan digunakan untuk menilai murid-murid iaitu:

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD dilaksanakan dalam semua matapelajaran. Kaedah pentaksiran PBD termasuklah kuiz, kerja projek, ujian bulanan dan peperiksaan peringkat sekolah.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
PAJSK adalah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum serta penglibatan dan penyertaan murid dalam kelab / persatuan, pasukan badan beruniform dan sukan / permainan. Pentaksiran ini juga melibatkan pelaporan kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan (Ujian SEGAK) yang mula dilaksanakan di semua sekolah pada bulan Mac dan Ogos setiap tahun.

Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran psikometrik adalah kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi murid sama ada dalam domain kognitif atau afektif. 

Ini bermakna, pelaporan PPSR tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan termasuk lah juga dengan UPSR


Dibawah adalah rumusan analisis UPSR 2018 :-

Sesungguhnya apa jua hasilnya, penambahbaikan akan tetap dibuat oleh pihak pengurusan PPSR sekolah bagi memastikan kelancaran untuk tahun 2019 nanti.

Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada team kecemerlangan PPSR 2018, warga pendidik SKI,ibu bapa/penjaga murid-murid tahun 6 serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merialisasikan misi dan visi PPSR sepanjang tahun 2018 ini.

Selamat maju jaya untuk anak-anak tahun 6 apabila melangkah ke alam sekolah menengah pada tahun hadapan.

Sedikit imbasan foto di sekitar penyerahan slip keputusan UPSR 2018 :
 Ucapan aluan oleh YDP PIBG
 Ucapan aluan oleh Penyelaras PPSR 2018
Ucapan Tahniah kepada adik Ainul Husna binti Samhudi yang telah memperoleh keputusan terbaik iaitu 5A 1B :

Alhamdulilah.

'KE ARAH KEMENJADIAN MURID'

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...