MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

09 June 2018

Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Gong Nangka, Terengganu

Assalamualaikum.

Salam TS25 SKI

LAWATAN PENANDA ARAS TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


Objektif:
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Justeru, Sekolah Kebangsaan Ijok telah mengadakan satu lawatan Penanda aras ke Sekolah Kebangsaan Gong Nangka,Marang, Terengganu bagi merialisasikan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini. Sehubungan itu, diharapkan hasil daripada lawatan itu dapat membantu warga SKI dalam mendalami dan memahami keperluan TS25.

Tarikh/Hari:
Jumaat-Ahad / 26-28 Januari 2018

Tempat:
Sekolah Kebangsaan Gong Nangka,Marang,Terengganu

Aturcara Program
26.1.2018 (Jumaat)
9.00 Malam : Berkumpul di Dataran SKI
9.30 Malam : Bertolak ke BTPN Marang,Terengganu
27.1.2018 (Sabtu)
7.30 Pagi : Sarapan pagi di BTPN Terengganu
8.30 Pagi : Lawatan ke Sekitar Kuala Terengganu
9.00 Malam : Taklimat ringkas oleh pegawai BTPN Terengganu
10.00 Malam : Rehat dan Tidur
28.1.2018 (Ahad)
7.30 Pagi : Sarapan pagi
8.00 Pagi : Bertolak ke SK Gong Nangka
1.00 Tengah hari : Makan Tengah hari dan bertolak balik ke Negeri Selangor.

Sasaran:
Guru dan Kakitangan SK Ijok

Foto lawatan :
Sekalung Penghargaan Terima Kasih kepada barisan Pentadbir SK Gong Nangka dan seluruh warga SK Gong Nangka atas kesudian menerima kedatangan kami warga SKI. Semoga Allah merahmati kalian dunia dan akhirat.aamiin.

#skits25
#selamatmajujaya

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...