MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

29 July 2018

Perkampungan Ilmu Siri 2 dan Solat Hajat (UPSR) 2018

Assalamualaikum

Pada hari Sabtu (28.7.2018) telah diadakan Program diatas. Ia adalah program dibawah anjuran Unit Kecemerlangan PPSR bersama PIBG, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam, SK Ijok. Program ini melibatkan kumpulan sasar semua murid tahun 6 , ibubapa murid tahun 6 dan warga sekolah.
Ucapan aluan oleh GB SKI : En Aziz bin Ghazali

Aturcara program yang telah berlangsung adalah seperti berikut:

730 pagi   - Pendaftaran murid
800 pagi   - Bengkel Matematik
930 pagi   - Rehat / Solat Dhuha
1000 pagi - Bengkel BM
1130 pagi - Bengkel Sains
100 t/hari - Solat Zohor / Makan Tengah hari / Rehat
200 ptg - Bengkel BI
330 ptg - Motivasi 1
445 ptg - Solat Asar
500 ptg - Motivasi 2
530 ptg - Riadah Santai
600 ptg - Makan Malam
630 ptg - Majlis Perasmian Penutup Perkampungan Ilmu II
-Ucapan aluan Pengacara Majlis 
-Bacaan Doa
-Ucapan YDP PIBG SKI
-Ucapan Wakil GB (GPK Pentadbiran SKI)
 (Majlis Penutupan Perkampungan Ilmu Siri 2)

-Solat Maghrib
-Solat Hajat
-Bacaan Yaasiin
-Ucapan aluan oleh GB
-Solat Isyak
-Salam mohon restu oleh semua murid tahun 6,ibu bapa dan guru-guru
-Kudapan malam
-Bersurai

Terima Kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis di atas.

Semoga program itu dapat memberi manfaat kepada anak-anak murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2018. Selain itu, dengan program ini juga dapat merapatkan ukhuwah antara pihak sekolah dan ibubapa murid tahun 6 dan seterusnya dapat bekerjasama lagi untuk program-program yang akan datang demi kecemerlangan anak-anak SKI di masa hadapan.Insya Allah.

Dilampirkan : foto-foto Perkampungan Ilmu Siri 2 dan Solat Hajat (UPSR) 2018
Taklimat Program dan Pendaftaran
Bengkel subjek dalam kumpulan-kumpulan kecil bersama guru-guru :
Matematik,Bahasa Melayu,Sains dan Bahasa Inggeris
Solat kefardhuan tidak dilupakan...
Makan tengah hari dan kudapan...
Slot Motivasi
Majlis Penutupan Perkampungan Ilmu Siri 2 :
Solat Maghrib,Solat Hajat,Bacaan Yaasiin,Solat Isyak dan Salam Restu :
Kudapan malam :

Terima Kasih .

#journeyoftheCHAMPION 6A UPSR











SELAMAT MAJU JAYAUPSR 2018
















27 July 2018

Lawatan Penanda Aras Ke SK IJOK (TS2025)

Assalamualaikum

Alhamdulilah, hari ini Jumaat (27.7.2018), SKI amat bertuah kerana menerima tetamu iaitu penyelaras-penyelaras TS25 dari SK Dato' Manan yang berkunjung ke SK Ijok untuk membuat lawatan Penanda Aras dalam menuntut Ilmu mengenai pengurusan Transformasi Sekolah 2025.

Mereka telah disambut oleh En Aziz bin Ghazali (GB), bersama En Azmi bin Ahamad Sah (GPK Koko) dan Pn Siti Narimah bt Mohd Salleh (Penyelaras TS25 SKI) ke Bilik Mesyuarat Rafulin bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan TS2025.

Sesungguhnya, kami mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah untuk kita berkongsi bersama-sama dalam merialisasikan objektif TS2025 ini.
 Pelawat-pelawat sedang menyemak fail-fail TS25 SKI sambil diperhati oleh Guru Besar SKI
Semoga dengan lawatan itu dapat merapatkan ukhuwah antara kita demi memantapkan pelaksanaan pengurusan sekolah,kemenjadian murid yang berguna dan kerjasama antara komuiti dipereratkan untuk anak bangsa kita di Malaysia.

Terima Kasih tuan puan atas kunjungan ke sekolah kami.

#skimajubersamats25

25 July 2018

Sekitar Temasya Sukan Tahunan Ke- 60, 2018

Assalamualaikum

Salam Sukan Transformasi Sekolah 2025,

layari ( https://youtu.be/dAiz47LtfJ8 )

           Pada hari Ahad yang lepas, 22.7.2018, SK Ijok dibawah unit Kokurikulum dengan kerjasama PIBG telah mengadakan  Temasya Sukan Tahunan kali ke- 60 yang melibatkan semua murid,warga Pendidik dan Kakitangan serta Warga Komuniti di sekitar Kampung Ijok,Bestari Jaya,Selangor.


           Sukan Tahunan merupakan suatu kejohanan yang wajib diadakan setiap tahun. Pada tahun ini satu lagi pembaharuan dilakukan bertujuan untuk memberi peluang murid menunjukkan bakat dalam bidang sukan dan memberi pendedahan awal kepada murid bagi menghadapi sukan balapan dan padang di peringkat yang lebih tinggi di MSSD, MSSS dan MSSM  serta pemenang ditentukan mengikut kedudukan pertama, kedua dan ketiga sahaja. 


Manakala Sukan Untuk Semua, di mana acara sukaneka dipertandingkan untuk semua murid merasai pertandingan sekaligus menerima hadiah walaupun berada di kedudukan terakhir dalam pertandingan

        Melalui kejohanan yang diadakan ini, jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah berharap dapat melahirkan murid-murid yang sihat, aktif, berdisiplin dan bertanggungjawab. Dengan ini tercapailah hasrat berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara iaitu dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. Kejohanan ini juga merupakan satu titik tolak kepada kemuncak sukan yang perlu diadakan bagi setiap sekolah. Sukan Tahunan ini juga bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang. Dalam masa yang sama kejohanan ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
Kejohanan Sukan Tahunan antara lain menetapkan objektif seperti yang berikut :-
1. Mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan hingga peringkat yang lebih tinggi.
2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara guru, murid, ibu bapa serta masyarakat sekitar  
    dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang.
3. Menaikkan nama sekolah dalam bidang Kokurikulum-Sukan ke arah pencapaian yang
    cemerlang dan optimum.
4.  Meningkatkan semangat setiakawan di kalangan murid dan guru-guru.
5.  Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
6.  Mewujudkan persaingan yang sihat dalam bidang sukan antara murid-murid
7. Meningkatkan kemahiran asas guru-guru mengendalikan latihan untuk sukan balapan dan
    padang.

  
Keputusan Temasya Sukan Tahunan SKI 2018
PEMENANG KESELURUHAN RUMAH SUKAN :
NAMA RUMAH SUKAN
KEPUTUSAN
RUMAH HIJAU (JEBAT)
JOHAN -3111
RUMAH BIRU ( TUAH)
NAIB JOHAN -3017
RUMAH MERAH (LEKIR)
KETIGA -2643
RUMAH KUNING (KASTURI)
KEEMPAT -2527
 
PEMENANG HIASAN RUMAH SUKAN :

NAMA RUMAH SUKAN
KEPUTUSAN
RUMAH MERAH (LEKIR)
JOHAN
RUMAH BIRU ( TUAH)
NAIB JOHAN
RUMAH KUNING (KASTURI)
KETIGA
RUMAH HIJAU (JEBAT)
KEEMPAT
OLAHRAGAWAN/WATI  HARAPAN :


NAMA MURID
KATEGORI
AIMAN FITRI BIN SAIPUL RASIDAN
LELAKI
  FARAH  ATIKAH BT FAIZUL ANAS
PEREMPUAN


 OLAHRAGAWAN/WATI :

NAMA MURID
KATEGORI
      NOOR ILYAS FHIQRY BIN NOOR REDZAL
LELAKI
MAIZATUL AKMA BT KAMARUDDIN
PEREMPUAN

Tahniah kepada semua atlet-atlet SK Ijok 2018!!

Wajah-wajah Pelaksana Temasya Sukan yang sangat komited..


JUTAAN SEKALUNG PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJAYAKAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 60 SKI 2018.

'SUKAN CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG'

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...