MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

27 July 2018

Lawatan Penanda Aras Ke SK IJOK (TS2025)

Assalamualaikum

Alhamdulilah, hari ini Jumaat (27.7.2018), SKI amat bertuah kerana menerima tetamu iaitu penyelaras-penyelaras TS25 dari SK Dato' Manan yang berkunjung ke SK Ijok untuk membuat lawatan Penanda Aras dalam menuntut Ilmu mengenai pengurusan Transformasi Sekolah 2025.

Mereka telah disambut oleh En Aziz bin Ghazali (GB), bersama En Azmi bin Ahamad Sah (GPK Koko) dan Pn Siti Narimah bt Mohd Salleh (Penyelaras TS25 SKI) ke Bilik Mesyuarat Rafulin bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan TS2025.

Sesungguhnya, kami mengalu-alukan kedatangan mereka ke sekolah untuk kita berkongsi bersama-sama dalam merialisasikan objektif TS2025 ini.
 Pelawat-pelawat sedang menyemak fail-fail TS25 SKI sambil diperhati oleh Guru Besar SKI
Semoga dengan lawatan itu dapat merapatkan ukhuwah antara kita demi memantapkan pelaksanaan pengurusan sekolah,kemenjadian murid yang berguna dan kerjasama antara komuiti dipereratkan untuk anak bangsa kita di Malaysia.

Terima Kasih tuan puan atas kunjungan ke sekolah kami.

#skimajubersamats25

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...