MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

25 July 2018

Sekitar Temasya Sukan Tahunan Ke- 60, 2018

Assalamualaikum

Salam Sukan Transformasi Sekolah 2025,

layari ( https://youtu.be/dAiz47LtfJ8 )

           Pada hari Ahad yang lepas, 22.7.2018, SK Ijok dibawah unit Kokurikulum dengan kerjasama PIBG telah mengadakan  Temasya Sukan Tahunan kali ke- 60 yang melibatkan semua murid,warga Pendidik dan Kakitangan serta Warga Komuniti di sekitar Kampung Ijok,Bestari Jaya,Selangor.


           Sukan Tahunan merupakan suatu kejohanan yang wajib diadakan setiap tahun. Pada tahun ini satu lagi pembaharuan dilakukan bertujuan untuk memberi peluang murid menunjukkan bakat dalam bidang sukan dan memberi pendedahan awal kepada murid bagi menghadapi sukan balapan dan padang di peringkat yang lebih tinggi di MSSD, MSSS dan MSSM  serta pemenang ditentukan mengikut kedudukan pertama, kedua dan ketiga sahaja. 


Manakala Sukan Untuk Semua, di mana acara sukaneka dipertandingkan untuk semua murid merasai pertandingan sekaligus menerima hadiah walaupun berada di kedudukan terakhir dalam pertandingan

        Melalui kejohanan yang diadakan ini, jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah berharap dapat melahirkan murid-murid yang sihat, aktif, berdisiplin dan bertanggungjawab. Dengan ini tercapailah hasrat berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara iaitu dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. Kejohanan ini juga merupakan satu titik tolak kepada kemuncak sukan yang perlu diadakan bagi setiap sekolah. Sukan Tahunan ini juga bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang. Dalam masa yang sama kejohanan ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.
Kejohanan Sukan Tahunan antara lain menetapkan objektif seperti yang berikut :-
1. Mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan hingga peringkat yang lebih tinggi.
2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara guru, murid, ibu bapa serta masyarakat sekitar  
    dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang.
3. Menaikkan nama sekolah dalam bidang Kokurikulum-Sukan ke arah pencapaian yang
    cemerlang dan optimum.
4.  Meningkatkan semangat setiakawan di kalangan murid dan guru-guru.
5.  Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
6.  Mewujudkan persaingan yang sihat dalam bidang sukan antara murid-murid
7. Meningkatkan kemahiran asas guru-guru mengendalikan latihan untuk sukan balapan dan
    padang.

  
Keputusan Temasya Sukan Tahunan SKI 2018
PEMENANG KESELURUHAN RUMAH SUKAN :
NAMA RUMAH SUKAN
KEPUTUSAN
RUMAH HIJAU (JEBAT)
JOHAN -3111
RUMAH BIRU ( TUAH)
NAIB JOHAN -3017
RUMAH MERAH (LEKIR)
KETIGA -2643
RUMAH KUNING (KASTURI)
KEEMPAT -2527
 
PEMENANG HIASAN RUMAH SUKAN :

NAMA RUMAH SUKAN
KEPUTUSAN
RUMAH MERAH (LEKIR)
JOHAN
RUMAH BIRU ( TUAH)
NAIB JOHAN
RUMAH KUNING (KASTURI)
KETIGA
RUMAH HIJAU (JEBAT)
KEEMPAT
OLAHRAGAWAN/WATI  HARAPAN :


NAMA MURID
KATEGORI
AIMAN FITRI BIN SAIPUL RASIDAN
LELAKI
  FARAH  ATIKAH BT FAIZUL ANAS
PEREMPUAN


 OLAHRAGAWAN/WATI :

NAMA MURID
KATEGORI
      NOOR ILYAS FHIQRY BIN NOOR REDZAL
LELAKI
MAIZATUL AKMA BT KAMARUDDIN
PEREMPUAN

Tahniah kepada semua atlet-atlet SK Ijok 2018!!

Wajah-wajah Pelaksana Temasya Sukan yang sangat komited..


JUTAAN SEKALUNG PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MENJAYAKAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 60 SKI 2018.

'SUKAN CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG'

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...