Hari ini (6.7.2018/Jumaat) telah diadakan Hari Interaksi bersama ibu bapa murid bagi membincangkan prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018. Antara objektif program ini adalah ibu bapa dapat mengetahui perihal akhlak dan akademik anak-anak mereka di sekolah apabila bersua empat mata dengan guru-guru dan seterusnya dapat mencari solusi yang terbaik dalam perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.
Sebagaimana yang kita maklum, Matlamat
Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul melalui yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima
teras yang berikut;
- Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
- Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
- Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
- Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
- Komitmen komuniti yang padu.
Adalah diharapkan, dengan kehadiran ibubapa tadi dapat membantu pihak sekolah dalam usaha membentuk ke arah kemenjadian murid yang hebat sama ada dalam bidang akademik atau yang bukan akademik. Sesungguhnya tugas mendidik ini bukan terletak ditangan guru-guru di sekolah semata-mata tetapi ia adalah tugas bersama antara ibubapa dan penjaga murid di rumah.
Semoga penganjuran program ini dapat memberi impak positif dalam diri murid-murid untuk berubah dari sifat malas ke arah rajin untuk berjaya dan memberi motivasi yang tinggi dalam kecemerlangan akademik sehingga ke akhirnya.
Semoga penganjuran program ini dapat memberi impak positif dalam diri murid-murid untuk berubah dari sifat malas ke arah rajin untuk berjaya dan memberi motivasi yang tinggi dalam kecemerlangan akademik sehingga ke akhirnya.
Dilampirkan sedikit foto suasana hari Interaksi 2018 :
No comments:
Post a Comment