MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

02 August 2018

Latihan Dalam Perkhidmatan : Penyebaran KSSR Semakan Tahun 3

Assalamualaikum

Pada hari Khamis petang (2.8.2018) bertempat di Bilik Mesyuarat Rafulin,SK Ijok telah diadakan LADAP dibawah anjuran Unit LADAP,SKI yang melibatkan kumpulan sasar iaitu semua guru SKI.
Umum mengetahui bahawa intipati Transformasi Sekolah 2025 ialah mengaplikasi amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan, kepimpinan, pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Oleh itu, LADAP ini telah diadakan bagi memantapkan pengetahuan guru-guru dan berkongsi ilmu mengenai KSSR semakan tahun 3 bagi semua subjek yang akan diajar untuk tahun 2019. Ia disampaikan oleh guru-guru yang telah mengikuti Kursus di peringkat Daerah Kuala Selangor yang telah pun diadakan selama 2 hari di sepanjang bulan Julai 2018. 
Diharapkan melalui LADAP ini mampu membuka idea yang baharu kepada guru-guru dalam persediaan untuk mengajar tahun 3 pada masa hadapan.
Terima Kasih.

Pedagogi - PdP untuk anak-anak
Antralogy - PdP untuk orang dewasa

#bersamamenambahilmuPERGURUAN
#skimajubersamaTS25
#selamatmajujaya

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...