MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

11 August 2018

Sanjungan Budi.. (2018)

Assalamualaikum

Pada hari Jumaat yang lepas (10.8.2018) di Anjung Tasek Biru,Kuang,Selangor telah diadakan majlis Perpisahan Teristimewa buat sebahagian guru-guru SK Ijok yang telah berpindah ke sekolah yang lain. Majlis ini diadakan dibawah anjuran Badan Kebajikan Guru (BAKSI) Ijok bagi melahirkan ucapan Terima Kasih atas jasa dan sumbangan kepada SKI disepanjang mereka berkhidmat dengan penuh dedikasi,komited dan bersungguh-sungguh.
Antara yang diraikan itu :
1. Cikgu Shahidan b Hj Said ( GB SK Desa Aman)
2. Cikgu Norliah bt Abu Hassan ( GB SK Sungai Serdang
3. Cikgu Norezan bt Mahmood ( GB SK Tok Muda)
4. Cikgu Nor Johari bin Ikhasan ( PK KOKO SK Parit Mahang)
5. Cikgu Noraziah bt Jamaluddin (SK Assam Jawa)
6. Wak Mukhlis (Pencen pekerja pembersihan)
Jesteru,pihak Pengurusan TS25 SKI tidak ketinggalan juga ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada guru-guru yang diraikan itu kerana bermulanya gerak kerja pembangunan Transformasi Sekolah 2025 di SKI telah diusahakan oleh mereka walaupun ia tidak dapat disempurnakan habis kerana faktor AKUR dengan Perkhidmatan sebagai Penjawat Awam, maka, pengambilan kuasa diserahkan kepada guru-guru baharu yang telah hadir ke SKI bagi meneruskan amanah dan tanggungjawab meneruskan program Transformasi Sekolah 2025.
Oleh itu,di harapkan dengan organisasi yang baharu ini, Program TS2025 SKI ini dapat dijalankan dengan lancar dan dapat merialisasikan semua impian yang telah dirancang demi Pendidikan yang lebih unggul dan bermutu di masa hadapan.

TERIMA KASIH GURU-GURU 

Selaku Team Biro Dokumentasi TS25 SKI, saya mengambil peluang ini mengucapkan Sekalung Penghargaan Terima Kasih Cikgu-Cikgu,semoga hubungan ukhuwah berkekalan dan terus berhubung hingga keakhirnya demi kecemerlangan dunia pendidikan.


Ustazah Norulaini Mohd Nawi bersama Cikgu Syuhaira Khalid,Cikgu Norliah Abu Hassan dan Cikgu Zaiton Fatimah Abdul Majid mengambil peluang untuk bergambar di majlis perpisahan



" Orang hebat bisa melahirkan beberapa karya bermutu,
 tapi guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan orang-orang yang hebat"

" Daun gaharu si daun palas
Alas duduk puteri kayangan,
Jasamu guru tidak terbalas,
Seumur hidup jadi kenangan"

#terimakasihsemua

#gurupemacutransformasipendidikan

#SKImajubersamaTS25

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...