MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

01 August 2018

Taklimat TS25 Modul 3

Assalamualaikum

Pada 31.7.2018 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Rafulin,SK Ijok telah diadakan satu taklimat berkaitan dengan modul-modul TS25 yang telah disampaikan oleh Puan Norlela bt Ahmad (Pegawai SISCt) dan Tn Haji Zainuddin bin Mahroni (GPK Pentadbiran SKI).

Tentatif program seperti berikut :

2.00 petang - Pendaftaran dan Kudapan
2.30 petang - Slot 1 (Guru sebagai Perancang)
3.00 petang - Slot 2 (PA 21 Pembelajaran Terbeza dari SKPMG2)
3.45 petang - Slot 3 (Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan)

Kehadiran peserta kali ini terdiri daripada semua guru SKI dan pada masa yang juga kami dihadiri tetamu yang lain juga iaitu Encik Zulaili bin Hasan (Pegawai SISCt) yang bersama-sama dengan kami mendengar taklimat yang sangat berguna dalam menambahbaik kemahiran mengajar di kelas.

Semoga dengan LADAP : Modul TS25 yang dihadiri itu dapat membantu para guru dalam meningkatkan kemahiran mengajar dan memberi motivasi untuk terus mendidik anak-anak Ijok ini dengan bersungguh-sungguh sehingga mereka mampu menjadi insan yang berguna untuk diri sendiri,keluarga,bangsa,agama dan negara.Insha -Allah.
 Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan oleh Guru Besar SKI, En Aziz bin Ghazali
Terima Kasih .

#skimajubersamaTS25

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...