MOTO TS25 SKI

KE ARAH KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH YANG BERKUALITI
No Tel Pejabat: 0332791277
E-Mail : bba3011@moe.edu.my

24 December 2018

Bermula Agenda 2019: Mesyuarat Guru

Assalamualaikum

Sahabat-sahabat guru yang dirahmati Allah,

Isnin,24.12.2018,Bilik Mesyuarat Rafulin SKI - Mesyuarat guru untuk kali pertama bagi tahun 2019 telah dijalankan dan mesyuarat ini dimulai dengan Unit Kurikulum dan akan diikuti dengan mesyuarat HEM dan Kokurikulum pada 27.12.2018.
Maka, pengagihan tugas pun bermula kepada semua guru SKI .Diharapkan motivasi guru-guru akan terus bersemangat dan penuh komited dalam menjalankan amanah dan kewajipan mendidik anak-anak bangsa ke arah kemenjadian murid yang sangat-sangat diperlukan di era globalisasi ini.
Semoga perjalanan Tahun 2019 ini memberikan Kecemerlangan dan Kegemilangan untuk SKI dalam semua aspek.Insha Allah.

Dikesempatan ini, pengurusan TS25 SKI ingin mengucapkan Selamat datang ke SKI kepada guru-guru baharu di SKI. Semoga dengan kehadiran tuan puan dapat menambahkan kekuatan team pendidik SKI dalam merialisasikan Transformasi Sekolah 2025.

Nota :

Jadual Balik Persekolahan tahun  2019:
Tahap 1 : 7.30 pagi - 12.50 (Isnin)   dan Tahap 2 : 7.30 pagi - 1.20 tengah hari (Isnin)
Tahap 1 : 7.30 pagi - 12.20 tengah hari (Selasa-Khamis)
Tahap 2 : 7.30 pagi - 12.50 tengah hari (Selasa-Khamis)
Tahap 1 & 2 : 7.30 pagi - 11.50 pagi (Jumaat)

 #skimajubersamats25

No comments:

Post a Comment

Percubaan UPSR 2018

Assalamualaikum Selamat menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR buat anak-anak tahun 6 SKI 2018 6-9 Ogos 2018 (Isnin-Khamis)   Maklum...